♥♥ PERGI MU TIADA GANTI ♥♥

Seremban: Seorang lelaki maut manakala empat rakannya cedera selepas kereta dinaiki melanggar pokok di Jalan Paroi, Senawang berhampiran Taman Rashidah Utama di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, kereta dinaiki empat lelaki dan seorang wanita berusia 18 hingga 24 tahun itu dipercayai terbabas dan melanggar pokok di bahu jalan.
Kemalangan itu mengakibatkan penumpang hadapan Fazrul Asyraff, 24, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua parah termasuk wanita dan dua lagi cedera ringan.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Mohd Fadzli Jamaludin berkata, pihaknya menerima panggilan 8.13 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi.
"Sebaik tiba, ada mangsa yang sudah keluar dan kita menjalankan operasi mengeluarkan penumpang hadapan yang tersepit.
"Pemeriksaan mengesahkan mangsa meninggal dunia. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, berdasarkan maklumat mereka dalam perjalanan ke Rembau untuk menyaksikan pertunjukan silat.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Oktober 2016 @ 1:02 PM
Semalam tengah Cik Nur layan perasaan dalam bilik, adik lelaki Cik Nur ketuk pintu bilik Cik Nur nak minta tolong gantikan dia buat kerja dia buat sementara, Cik Nur tanya dia nak pergi mana, macam polis la Cik Nur tanya, ye la sebagai kakak kena lah tanya kan? betul tak? bila adik Cik Nur kata dia nak pergi hospital, Cik Nur tanya lagi, hospital mana? nak buat apa? ada hal apa? dengan sedih dia menjawap Acap ( Fazrul Asraff ) meninggal..............

Ketika dengar berita itu Cik Nur jadi blank..... tak tahu nak cakap apa, sahabat adik Cik Nur telah pergi menyambut panggilan Pencipta. Cik Nur mengenali arwah juga dari arwah kecil lagi, berhingus lagi.... Cepat.. cepat Cik Nur minta adik ajarkan cara nak buat kerja dia... Pada dasarnya Cik Nur memang tak bagi dia nak bergi ke Hospital Seremban tu dengan keadaan dia yang terkejut macam tu risau juga, tapi bila fikir balik sahabat dia dari kecil telah tak ada, kalau Cik Nur di tempat dia pun Cik Nur akan pergi biar lah kat mana pun tempatnya. Sebab Cik Nur pernah mengalaminya.
Semoga keluarga arwah kuat semangat, mak arwah sampai pengsan dengar berita mengenai anak lelaki tunggal telah pergi buat selama-lamanya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.... amiin....

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.


اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ

“"Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" 

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia,muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 

AlFatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞
ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ 
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞
إِيَّاكَ نَ عْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞
صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ 
غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين

Apabila tiba masa kita, tidak pernah sesiapa pun akan menduga.... sedangkah baru sahaja semalan kita bertemu dengan seseorang dan pada esoknya dia telah tiada.... 
Cik Nur mohon kalian sedekah kan Al-Fatihah buat arwah.

 Notakukukucing : Tinggal lah kakak dia seorang, takziah pada ahli keluarga, setiap yang hidup pasti akan merasa mati, cumanya kita tidak tahu bila masa kita akan dijemput, bagaimana keadaan kita ketika dijemput. Semoga roha arwah dicucuri rahmat.

11 comments:

Mrs Velentine said...

takziah.bertabah ya buat adik cik nur..kehilangan seorang teman rapat

Nieyl said...

Salam takziah...
semoga arwahnya di tempatkan bersama org² yg beriman...
bersabar dan bertabah..

Unni Anje said...

SALAAM TAHZIAH..moga arwah ditempatkn dikalangan orang2 y beriman..AL-Fatiha. tabah ya cik nur

Fhatin Amelia said...

Takziah buat keluarga Fazrul :(

nuyui a.k.a miss YUI said...

al-Fatihah.

takziah kpd keluarga mangsa..

Lea Azleeya said...

Allahuakbar.. Teruk jugak keadaan kereta tu..

Takziah kpd keluarga mangsa..

LZ - The Blog Owner said...

Assalamualaikum Cik Nur,

Takziah diucapkan kepada adik Cik Nur.. Arwah mcm tahu2 akan pergi bila baca statusnya di Instagram.. Sahabat dari kecil kann mesti terasa kehilangannya..

Al-Fatihah..

Nour Adieb said...

Innalillah hiwainna ilaihirajiun... Allah, terkenang shbt yg tlh pergi mhadap Ilahi akibat eksiden

Hamka said...

Ya Allah.... takziah buat keluarga.
Al-Fatihah

Putri said...

takziah pada family arwah
semoga adik cik nur pun kuat hadapi kehilangan sahabat baik

Mrs Fuzy šŵëĕt.šöʊř.Նĕγʀǟ said...

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

 

All Right Reserved To Dhia-Manja.